Luahan Isteri Lelaki Sotong Melampau Ugut Untuk..


Saya dan suami sudah memasuki usia emas. Suami saya suka berkawan dengan budak-budak ‘sotong’ dan saya ada tegur sikap dia yang mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga dan Allah. Dia lebih mementingkan kawan-kawan ‘sotongnya’ daripada saya dan anak-anak.

Sekarang suami saya sudah mula berubah. Dia rajin solat tetapi budak ‘sotong’ masih mengganggu dan mengugut untuk mendedahkan rahsia suami. Semoga ustaz dapat berikan panduan untuk saya, suami dan anak-anak dalam mencari reda Allah.

* Hamba Allah,
Sepang, Selangor.

UKE: Alhamdulillah, suami puan telah berubah dan itulah yang sepatutnya. Tentang ugutan daripada budak-budak ‘sotong’ itu, buat tak kisah saja. Kalau kita nak kira ugutan orang, apa pun tak boleh jadi.

Yang pentingnya suami berubah ke arah kebaikan dan jangan dikenang perkara-perkara yang lepas. Jika ada perbuatan yang suami dengan ‘sotong-sotong’ tersebut lakukan, puan kena bagi sokongan dan semangat kepada suami untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Dalam berubah menjadi baik, mesti ada cabaran kepada suami puan. Jika mereka mengugut, puan boleh laporkan kepada pihak berkuasa dan dekatkan diri kepada Allah SWT dengan beribadat seperti solat malam untuk mendapat perlindungan daripada-Nya.


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk " Luahan Isteri Lelaki Sotong Melampau Ugut Untuk.."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info