3 orang ahli bomba dibuang kerja kerana menyentuh sensitiviti


ALOR SETAR: Tiga pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kedah ditamatkan perkhidmatan berikutan masalah disiplin, termasuk dua daripadanya kerana menyebar maklumat menyentuh sensitiviti jabatan di laman sosial.

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin, mengesahkan ketiga-tiga pegawai berkenaan ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh dua bulan lalu.

Katanya, selain itu enam lagi kini dalam proses siasatan dan pemerhatian.

"Dua daripada mereka ditamatkan perkhidmatan selepas siasatan dilakukan mendapati dua pegawai terbabit menyebarkan maklumat ketidakpuasan hati mereka di laman sosial Facebook, manakala seorang lagi kerana tidak hadir bekerja.

"Enam kes lain termasuk penyalahgunaan dadah dan pelbagai kes lain yang masih dalam proses siasatan sebelum tindakan diambil," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kedah, di sini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86900?m=1




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "3 orang ahli bomba dibuang kerja kerana menyentuh sensitiviti"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info