AFIQ DERITA 'FANCONY SYNDROM' bapa minta doakan anaknya



update 24.8.2015 : telah mendapat bantuan dari Baitulmal MAIWP.
================================================

AFIQ DERITA 'FANCONY SYNDROM'
bapa minta doakan anaknya

‪#‎JalanIpoh‬ , Kuala Lumpur.
'Fancony Syndrom' (sindrom Fanconi) adalah penyakit kebocoran buah pinggang di mana glukosa, asid amino, asid urik, fosfat dan bikarbonat keluar bersama air kencing, dan bukannya diserap semula...
begitulah definasi penyakit yang dialami oleh Afiq sepertimana diberitahu oleh bapanya En Yusri Ali ketika dihubungi malam tadi.

Berat Merosot
Muhammad Afiq yang berusia 15 tahun ini ,kini hanya mempunyai berat 9kg berbanding sebelum ini 30kg..beratnya susut secara mendadak serta penglihatan semakin kabur (70% tak boleh lihat) kesan dari penyakit ini yang dikatakan tiada penawarnya.

Pelajar Bijak
Anak sulung dari 4 adik beradik ini adalah seorang pelajar di sekolah khas PDK yang bijak dan mudah menghafal.Mula belajar disekolah berkenaan sejak tahun 1 sehingga usia 15 tahun , tetapi terpaksa berhenti ekoran kesihatannya yang semakin merosot.

Kos
Kos rawatan dan keperluan Afiq termasuk susu khas , lampin dan lain2 yang mencecah RM400 sebulan bergantung kepada pendapatan bapanya yang juga menyara kedua ibubapanya yang sudah berusia selain isteri dan 4 anaknya.Mereka tinggal bersama di sebuah rumah setinggan di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

Bantuan
Tiada bantuan dari pihak berwajib yang diterimanya setakat ini manakala bantuan sekolah dari JKM utk AFIQ yang diterima sebelum ini telah dihentikan kerana anaknya tidak bersekolah sekarang.

Untuk mereka yang ingin memberi sumbangan kewangan/kaedah rawatan/pertanyaan:

‪#‎Nama‬ : Mohd Yusri Bin Ali (Bapa)

‪#‎Akaun‬ : Public Bank 6841 5474 17

‪#‎Tel‬ : 017-601 0988

‪#‎Facebook‬ : https://www.facebook.com/yusria3?fref=ts

"Together We Help"



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "AFIQ DERITA 'FANCONY SYNDROM' bapa minta doakan anaknya"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info