bank negara minta najib bawa pulang duit 1mdb




Bank Negara Malaysia telah membatalkan kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) dimana 1MDB mahu membuat pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

Ini berikutan kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat, palsu atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.

Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk membawa pulang dengan kadar segera sejumlah RM7.5 bilion ke Malaysia.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu. Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.

Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.

Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara.

Sebagai pihak Bank Negara, pihak Bank setiap masa mengkehendaki pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.

Bank pusat itu mengalu-alukan kerjasama penuh untuk sebarang siasatan jika dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "bank negara minta najib bawa pulang duit 1mdb"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info