bertuah peragut ni dah ragut handbeg kakak ni tapi kakak hati mulia ni maafkan dia...



KES RAGUT BARANG KEMAS DAN RM15 TUNAI DIMAAFKAN MANGSA

Tidak ramai mangsa ragut yang tergamak lakukan seperti kakak ini.

Beliau yang baru keluar dari Ar-Rahnu bersama wang tunai RM15 ribu dan barang-barang kemas milik ibunya telah diragut. Alhamdulillah berkat bantuan 2 orang penyelamat, beliau berjaya dapatkan kembali apa yang telah diragut daripadanya.

Mungkin atas sebab terlalu bersyukur kerana beliau dapat kembali wang dan barang kemas ibunya, maka beliau maafkan sahaja peragut itu.

Soalnya sekarang...

Gejala ini sudah terlalu berleluasa. Ia sudah banyak meragut nyawa dan hartabenda. Kebanyakan pelaku pula adalah dari kalangan penagih dadah atau anak nakal yang mana akal dan pertimbangan hati sudah tidak lagi berfungsi.

Wajarkan pelaku ini dilepaskan begitu sahaja? Atau lebih baik mangsa ragut ini melapurkan kepada pihak polis agar lelaki ini mendapat pelajaran atau sekurang-kurangnya dapat dipantau oleh pihak berkuasa?

Apapun... semua keputusan kakak itu ada baik buruknya. Terserah kepada kita untuk menilainya.

WARGA PRIHATIN


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "bertuah peragut ni dah ragut handbeg kakak ni tapi kakak hati mulia ni maafkan dia..."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info