buang ayah kerana duit...ayah hidup merempat dijalanan


Johor Bahru: Kecewa dengan anak yang mengikis semua wang simpanan RM100,000 dalam akaun banknya, seorang lelaki warga emas nekad keluar rumah dan terpaksa hidup gelandangan di sekitar bandar raya ini sejak lebih sebulan lalu.

Warga emas berusia 75 tahun itu mendakwa terpaksa tidur di kaki lima dan bergelandangan sekitar bandar raya ini selepas wang simpanan hasil tabungan ketika bekerja lebih RM100,000 habis dikikis anak sendiri.

Kisah sedih warga emas itu terbongkar selepas orang ramai yang bersimpati dengan nasibnya melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru (PKMDJB) sebelum menyelamatkan lelaki itu berikutan keadaannya yang uzur dan tidak bermaya.

Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan lelaki berkenaan mengakui dia sebelum ini tinggal bersama seorang anak di Tampoi di sini.

“Lelaki berkenaan turut membawa sebuah buku bank dan apa yang mengejutkan dia pernah mempunyai simpanan kira-kira RM100,000 yang didakwa dikumpul sejak usia muda.










http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "buang ayah kerana duit...ayah hidup merempat dijalanan"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info