gila artis rap ni berselfie walaupun nyawa dihujung tanduk


CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Walaupun cedera parah, seorang artis rap sempat mengambil selfie dan memuatnaik videonya ditembak di kepala ke Facebook, minggu lalu.

Menurut Dailystar, Teriq Royal sedang bersama kawan-kawannya sebelum ditembak di sebuah stesen minyak di Compton pada Rabu.

Melalui pemeriksaan X-Ray, tiga serpihan peluru dikesan tertanam di bahagian dahi lelaki berkenaan.

"Saya patut mati pada malam (kejadian) itu, tetapi Tuhan selamatkan saya. Saya kini serius tentang kehidupan," kata Traiq dalam perkongsian di Facebook.

Katanya, serpihan peluru tersebut akan tertanam di kepalanya selama-lamanya.

"Saya rasa sungguh dirahmati dan mampu lagi menyanyi mengenainya (kejadian tersebut)," kata Tariq lagi.

Video yang dimuatnaik oleh Tariq menarik perhatian lebih 250,000 pelayar dan peminatnya.



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "gila artis rap ni berselfie walaupun nyawa dihujung tanduk"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info