info berguna-isteri risau telan air mani boleh mengandung???


Ramai isteri yang risau adakah telan air mani boleh menyebabkan hamil atau mengandung? Ini adalah penjelasan kepada keraguan yang mungkin anda alami khusus untuk sudah berumah tangga.

Penjelasan Sumber Dari Harian Metro

KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menunggu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.

Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.

Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejaku

Sumber: Telan Air Mani Boleh Menyebabkan Hamil ? | melvister.com




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "info berguna-isteri risau telan air mani boleh mengandung???"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info