Jambatan kaca baru di China retak, pelancong lari ketakutan





BARU sahaja dibuka selama dua minggu, laluan jambatan gantung kaca di Hunan, China dilaporkan retak semalam sehingga menyebabkan keadaan yang huru-hara.

Menurut laporan CNN, pelancong berlari dalam keadaan panik selepas melihat keretakan pada laluan yang berbentuk U di Yuntaishan (Yuntai Gunung) Scenic Park.

“Baru sahaja menyaksikan satu detik bersejarah – laluan jambatan kaca Yuntaishan retak, "tulis seorang pengguna di Weibo (laman mikro-blogging China) dengan nama “leedonghaeshuohyukjaenihaowodeaia”.

"Ketika menghampiri penghujung laluan, saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya mula resah dan panik, saya tunduk ke bawah dan melihat lapisan kaca di bawah jambatan retak seribu.

"Saya mula menjerit, 'Ia benar-benar retak. Ia benar-benar retak! 'Kemudian saya berlari menolak orang-orang di depan kerana terkejut melihat kejadian tersebut. "

Susulan kejadian tersebut, pihak berkuasa taman tersebut mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan kejadikan tersebut.

"Bagi memastikan keselamatan para tetamu, laluan kaca itu ditutup serta-merta," kata pengurus taman itu dalam kenyataan tersebut.

"Pakar-pakar keselamatan sedang mencari punca kejadian."

Mereka mendakwa kerosakan itu berlaku disebakan ‘daya luar’ daripada sebuah objek yang tajam.

Tiada ancaman yang berlaku.

Difahamkan, permukaan laluan tersebut dibina dengan tiga lapisan ‘tempered-glass’ yang ditempah khas untuk projek tersebut.

Menurut pihak taman tersebut, retakan hanya berlaku pada satu lapisan kaca dan ia tidak akan menimbulkan sebarang ancaman kepada keselamatan pelancong.

Laluan jambatan akan ditutup sehingga kerja pembaikian selesai.

Bagaimanpun, kejadian ini telah menimbulkan keraguan pelancong dari segi aspek keselamatan jambatan tersebut, di mana rata-rata pengguna media sosial mula menyoal punca retakan.




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "Jambatan kaca baru di China retak, pelancong lari ketakutan"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info