jom bantu adik daiyan sakit saluran darah tak normal dari otak ke jantung



Ujian Allah SWT tidak mengenal kecil ataupun dewasa, begitu juga bagi Adik Muhammad Daiyan yang baru berusia 10 bulan mengalami penderitaan saluran darah tidak normal antara otak ke jantung hingga menyebabkan kepalanya membesar dan sakit.
Hendak bercakap tidak pandai, apatah lagi hendak mengadu apabila berada dalam keadaan sakit, hanya menangis dan merengek yang termampu bagi meluahkan apa yang dia rasa, saya yang melihat juga merasa sedikit kesakitan yang dialami oleh adik ini.
IBUBAPANYA, Roziyana Abd Razak dan Khairie Abd Karim berusaha keras mengumpul duit bagi menampung kos pembedahan sebanyak RM35,000 yang bakal dilakukan pada 13 Oktober ini, Jika tidak mencukupi maka tertangguh lagi pembedahan yang bakal di jadualkan secara tiba-tiba memandangkan keadaan kesihatan adik Muhammad Daiyan ini memerlukan rawatan segera.
Di tangan mereka setakat ini terkumpul sebanyak RM2,000 untuk membuat bayaran kepada pihak PPUM dan memerlukan sebanyak RM33,000 lagi.
Mungkin didalam facebook ini ramai mempunyai hati yang budiman dan apa salahnya kita membantu sedikit demi sedikit bagi meringankan beban mereka disaat mereka memerlukan bantuan dari kita.
Jika seorang menderma hanya seringgit, hanya memerlukan 33,000 insan berhati mulia yang melayari facebook ketika ini untuk menderma. Hanya seringgit. Seringgit setiap orang mampu menyelamatkan nyawa adik Muhammad Daiyan. Percayalah.... Namun jika anda berkemampuan untuk memberi lebih dari seringgit amatlah dialu-alukan.
Saya menulis kerana terdetik didalam hati saya untuk membantu pasangan ini, kita hanya merancang, segala perancangan dan sebaik-baik perancangan datang dari Allah SWT.
Jika anda ingin menderma sila berbuat derma anda di akaun Maybank 114496159566 atas penama Roziyana Abd Razak atau maklumat lanjut sila hubungi 0129733805.
Semoga Allah SWT merahmati kalian dan memberi jalan kemudahan kepada pasangan itu untuk proses rawatan anaknya. Amiin yaRobb.

P/S: Anda boleh share dengan membantu pasangan ini untuk mereka mendapat dana dengan lebih cepat. Pahala anda menanti dengan menekan butang share. Terima Kasih.



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "jom bantu adik daiyan sakit saluran darah tak normal dari otak ke jantung"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info