kedai mamak basuh kuali guna penyapu lantai...itupun ramai orang makan disitu






Kuala Lumpur: Jurugambar hilang selera makan ketika menikmati roti canai di restoran mamak, di sini, selepas melihat pekerja restoran berkenaan membersihkan kuali dan dapur menggunakan penyapu lantai.

Muhammad Saddam Mohd Yusoff, 25, terkedu apabila tindakan itu dilakukan dengan selamba tanpa bimbangkan anggapan pelanggan lain yang turut melihatnya.

Dia sempat merakam video perbuatan berkenaan sebelum dimuat naik ke laman Facebook oleh isterinya kira-kira 11 pagi tadi dan menjadi ‘viral’.

"Saya fikir dia membersihkan dapur seperti biasa, namun sangkaan saya salah apabila mendapati penyapu lantai yang digunakan untuk menyapu lantai digunakan untuk mencuci kuali dan dapur.

"Saya terus rakam tindakan berkenaan sebelum berhenti makan, membayar harga makanan dan beredar dari restoran berkenaan," kata Saddam ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, itu kali pertama dia mengunjungi restoran berkenaan dan tidak menyangka akan menyaksikan kejadian itu di depan mata.

"Selalunya saya lihat perkara seperti ini menerusi video yang dimuatnaik oleh orang lain, namun kali ini saya sendiri yang menyaksikannya," katanya.

Video berdurasi 30 saat itu mendapat kritikan daripada pengguna laman sosial berkenaan.




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "kedai mamak basuh kuali guna penyapu lantai...itupun ramai orang makan disitu"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info