kenapa ALLAH tak makbulkan doa ku ini.....


ANTARA 10 DOA TAK DITERIMA ALLAH SWT ? – Subhanallah , menakutkan apabila doa kita tidak sampai dengan baik dan tak diterima. Kadang-kala kita berdoa tanpa hati yang luhur dan ikhlas ataupun ibadat kita sepantas kilat. Solat perlu sempurna dari segi bacaan, rukuknya, tajwid, perlakuan dan sebagainya.

Doa-Dan-Berdoa

Banyak sebab mengapa doa tak diterima tu terpulang kepada manusia itu sendiri. Semuanya terlibat. Sama ada kita berjanji dan berazam untuk memohon maaf namun kita masih melakukkan kemungkaran. MasyaALLAH .

Mengapakah doa-doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan. Di manakah silapnya? Padahal kita telah berdoa dan meminta setiap hari. Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya; Sebagaimana firman-Nya;
 وَقَالَ رَ‌بُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”

(Mu’min: 60)

Ketika Ibrahim Bin Adham, seorang ahli sufi berada ditengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai.

Antara mereka ada yang bertanya, “Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?

Ibrahim menjawab, “Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara.”

1. Doa dari mereka yang mengaku mengenali Allah, akan tetapi tidak melakukan segala suruhan-Nya.

2. Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunnahnya.

3. Sering membaca Al-Qur’an, tetapi tidak menjadikan Al-Qur’an sebagai panduan hidup.

4. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

5. Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya.

6. Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga.

7.
Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri dari masuk ke dalamnya.

8. Mengakui mati itu pasti kepada semua makhluk, tetapi tidak cuba untuk menjauhkan diri dari masuk ke dalamnya.

9. Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan keaiban sendiri.

10. Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjalankan tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah Ta’ala. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.

Namun begitu seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?”

Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu:



    Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
    Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
    Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah  ﷺ tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
    Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
    Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
    Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
    Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
    Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
    Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
    Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.



Jika begitu, bagaimana mungkin Allah Ta’ala dapat mengkabulkan doa kamu?”


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "kenapa ALLAH tak makbulkan doa ku ini....."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info