kes culik..kanak 4 tahun nyaris diculik kerana hidupkan enjin kereta





PERLUNYA LANGKAH BERJAGA-JAGA

Banyak berita sebegini berlegar di Chat Group sehingga kita tidak tahu yang mana sohih dan yang mana palsu. Yang mana lama dan yang mana baru.

Selain dari asbab pemerdagangan manusia, juga kes culik untuk dijadikan tebusan, akhirnya kita sedar ada banyak lagi sebab tragedi ini berlaku. Ada anak-anak yang dibawa lari bersama kereta oleh 'pencuri kereta' sebagai bonus untuk pelakunya.

Ada juga kenderaan yang dibawa lari 'penarik kereta' yang biadab kononnya atas tujuan 'repossess'. Mereka ini akan lakukan apa sahaja asalkan boleh dapat kereta kita untuk menuntut habuan dari pihak bank.

Di sini pentingnya kita tahu hak kita sebagai pengguna dari segi perundangan agar puak penarik kereta ini tidak berbuat sewenang wenangnya.

Ada juga anak yang diculik oleh ibubapa atau keluarga disebabkan krisis rumah tangga.

Apapun, sudah sampai masanya ibubapa lebih peka dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga agar insiden yang sama tidak menimpa kita.

WARGA PRIHATIN



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "kes culik..kanak 4 tahun nyaris diculik kerana hidupkan enjin kereta"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info