Mohamad Qushairi Zakaria mengalami masalah usus sehingga menyebabkan berat badannya hanya seberat bayi baru lahir.


Haaa malam ni ibu nak mohon pada semua agar viralkan pasal adik qusyairi ni sian dia dah hampir setahun duduk di wad ppum dan sekarang ade peluang untuk balik tapi bergantung pada TPN
Baca serba sedikit kisah adik ini dan mohon share agar dia dpat bersama keluarganye dan bantuan kewangan amat diperlukan
*sudah hampir setahun anak ini terpisah dengan adik beradik dan ayahnye kehidupannye hanye di dlam wad dengan bergantung TPN atau ibarat makanan membantu menaikan beratnye jika anak normal lain sudah berkejaran tpi hidup anak ini hanya ubat jarum dan kesakitan bantu la walau dri segi ape pon*
KUALA LUMPUR - Sinar Harian pernah menyiarkan kisah seorang kanak-kanak, Mohamad Qushairi Zakaria, ketika itu berusia setahun lima bulan, yang mengalami masalah usus sehingga menyebabkan berat badannya hanya seberat bayi baru lahir.

Setahun berlalu, kini, Mohamad Qushairi, sudah jauh berbeza dengan keadaan dahulu walaupun masih menerima rawatan di hospital. Tubuhnya sudah berisi, mukanya ceria.

Namun, masih ada yang membezakannya dengan kanak-kanan seusianya, kerana dia masih bergantung dengan alat Nutrisi Parenteral (TPN).

Ibunya, Rosnani Jaafar, 36, berkata, setelah setahun menjadi penghuni di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kesihatan anak bongsu itu semakin pulih namun tidak boleh dipisahkan dengan TPN.

"Qushairi mungkin dibenarkan pulang tetapi TPN perlu sentiasa di pasang dan bilik khas yang bersih dan kondusif perlu disediakan sebelum doktor memberi kelepasan.

"Dua mesin khas yang berharga RM8,000 sudah memerlukan peruntukan yang tinggi, belum lagi keperluan rawatan perubatan lain termasuk kos pengubahsuaian bilik nanti. Sekurang-kurangnya RM35,000 diperlukan termasuk kos bulanan untuk rawatan dan keperluan Qushairi.

"Sepanjang setahun saya di sini sudah banyak kewangan dibelanjakan jadi sukar untuk sediakan keperluan Qushairi untuk masa terdekat,"katanya kepada Sinar Harian.

Rosnani yang berasal dari Kemaman, Terengganu, berkata, suaminya masih bekerja sebagai tukang buat rumah dengan pendapatan kira-kira RM200 seminggu.

"Bantuan zakat RM250 baru diterima sejak Ogos lalu itupun banyak digunakan untuk lampin pakai buang. Suami pula uruskan tiga anak-anak lain di Kemaman dengan gaji yang tidak seberapa,"katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh salurkan ke akaun 205110659094 (Affin Islamic Bank) atas nama Rosnani Jaafar, yang boleh dihubungi menerusi talian 010-902 5953.

-END-


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "Mohamad Qushairi Zakaria mengalami masalah usus sehingga menyebabkan berat badannya hanya seberat bayi baru lahir."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info