nenek jerit dan menangis kerana tangan cucu sangkut di eskalator



CHINA - Tangan seorang kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah lebih dari 40 minit dalam kejadian terbaru yang melibatkan eskalator di negara itu.




Dalam kejadian jam 4 petang semalam, semasa berjalan bersama neneknya, mangsa dikatakan tersadung dan jatuh sebelum tangannya tersangkut di celah kanan eskalator.

Tangan dan lengan mangsa tersangkut di tepi eskalator itu lebih dari 40 minit sebelum bantuan tiba.

Kakitangan pusat beli-belah yang mendengar tangisan mangsa dan neneknya itu segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu.

Mangsa yang berusia 3 tahun itu kemudian diberikan bantuan dan berjaya diselamatkan. Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. - THEHYPEMEDIA.COM



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "nenek jerit dan menangis kerana tangan cucu sangkut di eskalator"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info