Pengantin lelaki maut bersama emak dan emak mertua.



Besut: Pengantin lelaki adalah antara empat terbunuh apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan 4WD di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Pengantin lelaki yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dari Kampung Lubuk Panjang, Bandar Permaisuri.

Tiga lagi penumpang kereta berkenaan yang maut adalah ibu mentua pengantin, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan selepas kenduri di rumah keluarga perempuan, semalam.

Isteri pengantin lelaki, Noraliza, 18, parah dan kini dirawat di Hospital Besut.

Pengantin lelaki maut bersama emak dan emak mertua.

Lokasi :
Kg Renek.

Info awal :
Rombongan hantar menantu dari Chalok Setiu menuju ke Pasir Putih..excident area kampung renek. 3 meninggal iaitu Pengantin lelaki, emak pengantin lelaki dan emak mertua pengantin lelaki. Wife nya 50 - 50. Semalam baru melangsungkan perkahwinan semalam. Takziah buat keluarga arwah. Terima kiriman dari Anonymous.



http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "Pengantin lelaki maut bersama emak dan emak mertua."

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info