perhhh 3x mer0g0l kekasih bawah umur



Kota Bharu: Seorang buruh terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 tahun apabila mengaku bersalah atas tiga tuduhan merogol kekasihnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Yusoff Yunus, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Afiz Mohd Nor, 20.

Sebelum itu, mahkamah menetapkan hukuman penjara 10 tahun terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Mohd Yusoff memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun sembilan bulan di sebuah rumah di Taman Hidayah, Machang pada jam 3 pagi, 4 pagi dan 6.30 pagi, 16 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengambil mangsa dengan motosikal sebelum membawanya ke rumahnya.

Tertuduh kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam biliknya dan bertindak memeluk dan mencium serta melakukan hubungan seks pada jam 3 pagi, 4 pagi dan 6.30 pagi.

Selepas itu tertuduh menghantar mangsa pulang ke rumah.

Ahli keluarga mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82684#sthash.e2BzuXDm.dpuf




http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "perhhh 3x mer0g0l kekasih bawah umur"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info