Pesan Rasulullah saw untuk lelaki: "Jangan engkau kahwini wanita yang enam








Pesan Rasulullah saw untuk lelaki: "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya.

2. Wanita Mananah
Wanita yang menafikan usaha dan jasa suami, sebaliknya merasa dialah yang banyak berkorban untuk rumah tangga. Suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk rumah tangga.

3. Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya). Berangan-angan untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Dia juga merendahkan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangannya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang dan memaksa suaminya untuk membelinya, suka ikut nafsunya. Suka membandingkan dirinya dengan orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.

5. Wanita Basaqah: Ada 2 makna

Pertama: Wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjukkan kepada dunia. Menghabiskan wang untuk membeli make-up, pakaian dan barang kemas. Wanita sebegini juga suka dipuji-puji.

Kedua: Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah
Wanita yang banyak bercakap tentang perkara yang sia-sia menyebabkan segala kerja yang dilakukan tidak menjadi.









http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk " Pesan Rasulullah saw untuk lelaki: "Jangan engkau kahwini wanita yang enam"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info