suami berang tumbuk muka isteri kerana asyik selfie



CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan menumbuk isterinya selepas berang wanita berkenaan asyik berkongsi selfie di laman sosial, Rabu lepas.

Menurut laporan New York Daily, Julio Benitez juga dilaporkan dibawah pengaruh dadah ketika menumbuk dan mencekik isterinya di rumah mereka di Fresno.

Isteri suspek dilaporkan cedera di bahagian mata, tangan, kaki dan leher. Dia juga dilaporkan diugut bunuh oleh Benitez.

Menurut laporan media tempatan, mangsa dilaporkan melarikan diri bersama dua orang anak berumur lima dan tujuh tahun dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri bersama-sama seorang lagi anak mereka yang berumur dua tahun.

Polis yang melancarkan operasi memburu kemudiannya berjaya menahan suspek.

Benitez didakwa atas tuduhan mendera dan mengugut.


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "suami berang tumbuk muka isteri kerana asyik selfie"

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info