tolongla faham keadaan aku ni...semua kena bayar gaji takcukup dah




'Tolonglah! Aku Bukan Nak BR1M, Jenuh Dah Berjimat!'


Aku bukan nak BR1M. Aku nak kerajaan fikirkan cara bagaimana nak kawal kos sara hidup yang semakin meningkat ini.

Harga barang naik, mata wang jatuh, ekonomi gawat, GST, dah jenuh berjimat. Ini nak naikkan lagi BR1M tahun depan. Janganlah jadi bodoh. Sudahlah aku tak dapat BR1M. Alang-alang nak bagi, bagilah kepada semua rakyat merasa BR1M. Kau ingat RM4,000 pendapatan seisi rumah itu cukup ke?

Buat macam aku, anak empat orang, gaji RM4,000. Orang lain tak ada anak, Gaji RM3,950 pula layak mendapat BR1M. Fikirkanlah, sudahlah tak dapat BR1M kena bayar pula cukai setiap bulan. GST pula kena bayar setiap hari.

Bukan nak mempertikaikan mereka yang layak mendapat BR1M dan bukan nak mempertikaikan mereka yang bergaji RM4,000 tetapi tak ada tanggungan. Itu rezeki masing-masing. Kalau aku dapat BR1M pun aku terima, rezeki. Tetapi tolonglah fikir, BR1M ini datang dari mana kalau bukan dari diri kita sendiri. Lainlah kalau BR1M dikorek dari RM2.6 bilion.

Yang dah dapat BR1M, jangan gembira sangat. Silap-silap makan abad. Malaysia semakin parah, nak cakap lebih tak boleh, protes tak boleh, semua tak boleh di Malaysia ini. Jadi Imam kena tampar, jadi pilot hilang dari radar, jadi lawyer kena tanam dalam tong simen, baik jadi PM hari-hari dapat derma. - Sharul Fazlina

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


http://projekmssp.blogspot.my/2015/10/untuk-30-terawal-sahaja-sebelum-projek.html
0 Komentar untuk "tolongla faham keadaan aku ni...semua kena bayar gaji takcukup dah "

 
Copyright © 2014 Wana Viral - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info